Takaful & Insurans, Mana Satu Patuh Syariah?

Ramai dikalangan kita masih tertanya-tanya apakah perbezaan Takaful dan Insurans di Malaysia? Artikel ini akan menerangkan asas sebenar Takaful dan Insurans. Harapan kami, anda akan bertambah yakin untuk menyediakan pelan takaful untuk diri dan keluarga selepas membaca artikel ini.

Takaful

Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru’), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.

 

Dalam konteks takaful, tabarru’ merujuk kepada peserta mendermakan sebahagian atau keseluruhan wang sumbangan yang dibayar semasa menyertai pelan atau skim takaful dengan tujuan untuk digunakan bagi membantu rakan peserta yang dibebani kehilangan atau kerugian berikutan dilanda musibah tertentu.

 

Oleh kerana tabarru’ dikategorikan sebagai kontrak satu pihak yang tidak memerlukan sebarang pertukaran atau timbal balas, aplikasi tabarru’ di dalam takaful telah menghapuskan unsur-unsur gharar, riba dan maisir yang menyebabkan insurans konvensional difatwakan haram.

 

Insurans

Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.

 

Panduan penting apabila menyertai pelan takaful

  1. Benar-benar memahami pelan takaful anda termasuklah ciri-ciri produk, syarat-syarat, had manfaat dan pengecualiannya.
  2. Memastikan caruman takaful yang akan dibayar adalah berpatutan.
  3. Memastikan amaun perlindungan adalah mencukupi dan sesuai dengan keperluan anda.
  4. Memastikan semua fakta penting didedahkan sepenuhnya.
  5. Berurusan hanya dengan ejen berdaftar seperti ahmadsyahidtakaful atau secara terus dengan pengendali takaful.
  6. Memantau tempoh perlindungan dan masa untuk membayar caruman.

Rujukan:

http://e-muamalat.islam.gov.my/

Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.

Leave A Comment