Takaful Dalam Derma – “First Class”

Ketahuilah bahawa amalan baik akan melahirkan insan yang sentiasa bertakwa kepada ALLAH s.w.t, iaitu orang yang ikhlas ibadah dan menahan nafsu dengan rasa takut. Antara amalan yang sangat dititikberatkan dan dijanjikan ganjaran berlipat ganda ialah dengan menderma.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

Maksudnya“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.” 

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)

Kita mudahkan urusan orang, ALLAH mudahkan urusan kita

Berdasarkan hadis di atas, antara amalan yang kekal dan menjadi harta setelah diri kita mati adalah menerusi sikap suka menderma yang boleh dilakukan menerusi penyertaan takaful.

DIGALAKKAN UNTUK KITA,

Secara ringkasnya, takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang yang sebahagiannya akan disalurkan ke dalam dana takaful atas dasar tabarru’ (derma), seseorang itu memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkannya menjadi seorang peserta dalam pelan takaful tersebut dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.

Ramai tidak menyedari pelan takaful antara derma yang berada di “First Class” dan di situ juga lahirnya ta’awun (tolong-menolong). Sekiranya peserta menyertai perlindungan takaful, mereka bukan sahaja menabung untuk perlindungan diri, keluarga dan harta, malah untuk tabungan derma yang dapat membantu peserta lain yang ditimpa musibah. Oleh itu tidak rugi bagi kita mengambil takaful, kerana dengan sumbangan bulanan kita walaupun kita tidak sakit atau tiada tuntutan, duit tersebut akan disalurkan kepada peserta takaful yang sakit dan betul-betul memerlukannya.

Betul, mengumpul harta bukan mudah, tetapi hati perlu dipujuk untuk berkongsi dan berkorban dengan orang lain demi keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Sebenarnya harta yang diderma itulah bahagian kita yang akan kekal hingga akhirat. Mana-mana wang dalam simpanan bank atau di tangan, belum tentu menjadi hak kita sepenuhnya.

Menderma lambang syukur atas rezeki yang dikurnia dan mengukuhkan hubungan sesama insan.

 

Saham derma juga diperoleh kepada perunding takaful yang terus-menerus mempromosikan konsep tabaru’ ini dan mereka juga bakal mendapat ganjaran.

Dari Abu Mas’ud R.A, berkata, Rasulullah SAW bersabda :

 عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم : مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ, فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa menunjukkan suatu kebaikan, maka ia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang melakukannya”. (HR. Muslim)

Mudahan kesedaran takaful sebagai Derma ‘First Class” akan menambahkan lagi penyertaannya, khusus untuk diri kita dan keluarga, lebih-lebih lagi dalam membantu sesama masyarakat.

 

Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.

Leave A Comment