هاري جمعة : سيمڤنن دانا منوروت ڤرسڤيكتيف اسلام

  • Utama
  • Takaful
  • هاري جمعة : سيمڤنن دانا منوروت ڤرسڤيكتيف اسلام

ISLAM DAN PENGURUSAN KEWANGAN.

 

Bertitik tolak dari salah satu elemen Maqasid Syariah yang digariskan iaitu Hifz Mal (penjagaan harta), Islam sememangnya meletakkan kepentingan untuk menjaga dan menguruskan kewangan dengan baik. Islam menggalakkan umatnya untuk menghasil, mengembang dan menggunakan harta dengan bijaksana dan tersusun.

 

Lihatlah penegasan Allah SWT di dalam Surah Yusuf ayat 47 – 48, mengenai peri pentingnya perancangan sebelum menghadapi sesuatu perkara dan bijak dalam menguruskan kehidupan agar tidak susah di kemudian hari.

 

“Dia (Yusuf) berkata: “Agar kamu bercucuk tanam tujuh tahun (berturut-turut) sebagaimana biasa; kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian setelah itu akan datang tujuh (tahun) yang sangat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari apa (bibit gandum) yang kamu simpan.”

 

Menurut ruang lingkup Islam, harta dan kewangan merupakan alat untuk menjamin keselesaan dan kelangsungan hidup di dunia. Kehidupan dunia perlu dijalani dengan penuh hemah dan tanggungjawab untuk mencapai matlamat akhirat. Oleh itu, pengurusan yang baik, dapat menjamin kelangsungan hidup manusia dalam berkeluarga, bermasyarakat dan seterusnya memperolehi keberkatan dan rahmat dalam kehidupan.

 

TAKAFUL SATU KEPERLUAN PERSEDIAAN.

 

Perlindungan Takaful membolehkan keringanan beban anda ketika menghadapi musibah seperti sakit, kemalangan, lumpuh mahupun kematian.Takaful juga membantu menguruskan masa depan ahli keluarga sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada diri sendiri.

Sekiranya kita tiada Takaful, besar kemungkinan segala perbelanjaan kos perubatan terpaksa ditanggung menggunakan wang simpanan sendiri.

 

Dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, mengira belanjawan dan bajet untuk seluruh isi rumah adalah satu perkara yang mencabar. Justeru, pembiayaan terhadap perlindungan Takaful haruslah dilihat sebagai antara aspek yang perlu dititik beratkan.

 

Malah, sekiranya anda mempunyai orang lain yang bergantung kepada anda, anda perlu mengutamakan perlindungan Takaful sebelum berfikir untuk menambahkan pendapatan anda.

Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah.

Dengan mencarum sejumlah wang yang sebahagiannya akan disalurkan ke dalam dana takaful atas dasar tabarru’ (derma), seseorang itu memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkannya menjadi seorang peserta dalam pelan takaful tersebut dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan. 

 

Pengurusan harta yang bermatlamat dan mengikut kehendak syarak, akan memandu kehidupan manusia dengan baik dan mengikut acuan Islam, seterusnya mencapai matlamat redha dan rahmat Allah SWT.

 

Firman Allah SWT yang bermaksud:

 

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan, (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu  ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang demikian), kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

(Surah al-Baqarah: 278 & 279)

Harta adalah fitnah kepada umat Muhammad SAW, marilah kita seluruh masyarakat agar sentiasa bersedia dan berwaspada dalam menguruskan kewangan. Kesenangan bukan hanya untuk dunia, malah kesenangan itu yang akan membawa cahaya di akhirat. Berusahalah mengikut acuan Islam demi mencapai redha Allah SWT.
 

Rujukan:

 

https://muis.org.my/2014/04/pengurusan-kewangan-menurut-perspektif-islam/

 

https://www.aia.com.my/ms/what-matters/finance/glosari-istilah-takaful.html

 

https://www.aia.com.my/ms/what-matters/finance/Tips-membeli-takaful-bajet-terhad.html

Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.

Leave A Comment