Rezeki Berkat Hidup Bersyariat

Dalam usaha untuk mendapat rezeki yang halal dan berkat, kita sebagai seorang muslim mestilah menuruti garis panduan agama sebagaimana yang dilakukan oleh baginda Nabi Muhamad SAW yang mulia, dan kemudiannya diikuti pula oleh para sahabat dan para alim ulama’.

Rezeki yang  tidak berkat diumpamakan seperti baldi bocor berisi air. Banyak mana pun air yang masuk tetap tidak pernah cukup. 

Ulama tersohor iaitu Imam Abdul Wahab al-Sya’rani dalam kitab karangan beliau yang bertajuk Lawaqih al-Anwar telah menerangkan tentang adab bagi orang yang bekerja mencari rezeki. Seseorang yang mencari rezeki hendaklah memasang niat untuk bekerja kerana Allah SWT dan membantu umat Nabi Muhammad SAW.

Justeru kita perlu menghindari segenap cara untuk mendapatkan rezeki secara haram seperti menipu, merasuah, makan riba, makan harta anak yatim, pecah amanah, mengurangkan timbangan, mencuri, merompak, menyamun dan sebagainya.

Ingatlah bahawa rezeki yang kita perolehi dan cara kita belanjakannya akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT di negeri Akhirat kelak. Hal ini berdasarkan hadis daripada Ibn Mas’ud R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

لاَ تَزُولُ قَدَمَا ابْنِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عِنْدِ رَبِّهِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ خَمْسٍ عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاَهُ وَمَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَمَاذَا عَمِلَ فِيمَا عَلِمَ

Maksudnya“Kaki anak Adam akan tetap tegak berdiri di sisi Tuhannya pada hari Kiamat, hingga dia ditanya tentang lima perkara (iaitu): tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa dia gunakan, tentang hartanya dari mana dia dapatkan, dan dalam hal apa (hartanya tersebut) dia belanjakan dan apa sahaja yang telah dia lakukan dari ilmu yang dimilikinya.”

Riwayat al-Tirmizi (2416)

Rezeki yang paling baik adalah rezeki yang dipenuhi dengan keberkatan dan kebaikan padanya.

Semoga Allah SWT kurniakan kepada kita semua rezeki yang halal dan berkat.

DIGALAKKAN UNTUK ANDA:

  1. Takaful Atau Insurans, Mana Satu Patuh Syariah
  2. Memburu Lailatul Qadar
  3. Konsep Hibah Dalam Islam

Rujukan:

muftiwp.gov.my

www.bharian.com.my

Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini

Leave A Comment