Persediaan Menghadapi Ramadan Al-Mubarak

Hampir sebulan sahaja lagi tetamu istimewa bakal menjengah kita. Bulan yang terdapat dalamnya pelbagai keberkatan dan kemuliaan, itulah ia bulan Ramadan Al-Mubarak.

Keraian bulan Ramadan di Malaysia pada tahun ini sedikit berbeza, dan alhamdulillah pada tahun ini, ada sesetengah masjid telah dibenarkan untuk diadakan solat tarawih secara berjemaah, berbeza dengan sambutan bulan Ramadan pada tahun sebelumnya, di mana semua masjid tidak dibenarkan untuk mengadakan solat tarawih secara berjemaah disebabkan ancaman wabak COVID-19 yang melanda negara kita tercinta.

Firman Allah swt maksudnya :

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183)

Ibadah khusus ini telah difardhukan kepada umat islam, tiada lainnya melainkan untuk melahirkan generasi islam yang bertakwa sesuai dengan ajaran yang dibawa penutup segala nabi dan rasul iaitu Nabi Muhammad s.a.w. 

Antara persediaan yang boleh kita lakukan ialah :

  • Hiasi ruang atau sudut di setiap kawasan rumah dengan ayat-ayat dan hadis berkenaan Ramadan.  Secara tidak langsung, dapat membuatkan kita sentiasa bersemangat dan menjadi pembakar untuk kita berlumba-lumba mengejar pahala dalam bulan mulia ini.
  • Wujudkan kumpulan tadarus al-quran sesama ahli rumah, di samping menambah rasa taqarrub kepada Allah, dapat juga mengerat silaturahim sesama ahli rumah.
  • Sentiasa muhasabah dan beristighfar menangisi dosa-dosa semasa mahupun dosa masa lalu kerana dalam bulan mulia ini, Allah swt membuka seluas-luasnya pintu pengampunan dan pintu taubat.

Inilah antara cara kita mendidik diri dan hati kita untuk lebih dekat dengan Allah swt di samping meraih redhaNya. Ramadan juga bukanlah ibadah yang hanya menahan diri dari lapar dan dahaga semata, akan tetapi perlu juga menahan diri dari membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah swt. Semoga Ramadan kali ini membuka peluang untuk kita memperbaiki diri dan berhijrah kepada yang lebih baik.

Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel

Leave A Comment