Infaq Ramadan Ruang Pahala Berganda

Kehadiran bulan Ramadan pada tahun 1442 H merupakan suatu kegembiraan buat sekalian mukmin. Masakan pula, pelbagai keistimewaan ditawarkan dalam bulan yang penuh kemuliaan ini. Allah swt membuka pintu pengampunan memenuhi setiap ruang dan waktu.

Sebagai individu yang cakna akan kurangnya bekalan untuk dibawa menghadapi hari perhitungan kelak, tak ada rasa yang tersemat kecuali suka dan riang menyambut Ramadan Al-Mubarak.

Rasulullah s.a.w idola kita semua

Antara pintu yang Allah buka seluas-luasnya untuk meraih keuntungan besar dalam bulan Ramadan adalah melalui berinfaq atau bersedekah. Islam sering menggalakkan umatnya untuk banyakkan bersedekah. Rasulullah s.a.w adalah individu yang paling dermawan. Apabila memasuki bulan Ramadan, baginda Nabi s.a.w akan memperluaskan sumbangan amal jariah.

Daripada Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أجود الناس ، وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل ، وكان يلقاه في كل ليلة من رمضان فيُدارسه القرآن ، فالرسول الله صلى الله عليه وسلم أجودُ بالخير من الريح المرسَلة

Maksudnya: “Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling dermawan, dan baginda lebih dermawan lagi di bulan Ramadan saat baginda bertemu Jibril a.s. Jibril a.s menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah s.a.w melebihi angin yang berhembus.”  [HR. Bukhari, no.6]

Daripada Anas bin Malik radhiallahu’anhu:

كان النبي صلى الله عليه وسلم أشجع الناس وأجود الناس

Maksudnya: “Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling berani dan paling dermawan.” 

[HR. Bukhari no.1033, Muslim no. 2307]

Infaq dalam takaful

Pahala infaq walaupun hanya sedikit akan terus berkembang hingga menjadi besar. Rasulullah s.a.w bersabda:

إنَّ اللهَ يقبلُ الصدقةَ ، ويأخذُها بيمينِه ، فيُرَبِّيها لِأَحَدِكم ، كما يُرَبِّي أحدُكم مُهْرَه ، حتى إنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ

Maksudnya:sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang daripada kalian, sebagaimana kalian mengembangkan seekor anak kuda. Sehinggakan sedekah yang hanya sebiji, boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.” [HR. At Tirmidzi 662]

Dalam takaful, sumbangan atau infaq merujuk kepada peserta menderma sebahagian atau keseluruhan wang sumbangan semasa menyertai pelan takaful dengan tujuan untuk digunakan bagi membantu rakan peserta yang dibebani kehilangan berikutan dilanda musibah tertentu.

Takaful adalah pelan perlindungan berasaskan ciri-ciri islam. Oleh itu bagi peserta takaful yang meletakkan dana dalam takaful telah melakukan suatu kebaikan atas dasar tabarru’ (derma) dan tolong-menolong sesama peserta.

Sumbangan atau infaq dalam takaful juga dikategorikan sebagai kontrak satu pihak yang tidak memerlukan sebarang pertukaran atau timbal balas, dan atas dasar inilah terhapusnya unsur-unsur ghararriba dan maisir  yang menyebabkan insurans konvensional difatwakan haram.

DIGALAKKAN UNTUK ANDA

Semoga kita semua menggunakan peluang sebaik-baiknya untuk merebut ganjaran pahala yang terdapat di dalam bulan Ramadan Al-Mubarak.

Rujukan:

https://mufti.kedah.gov.my

https://aia.com.my

Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.

Leave A Comment