Hibah Pengurusan Harta Dalam Islam

Perancangan pengurusan harta dalam Islam dikategori kepada dua bahagian, iaitu perancangan harta semasa hidup dan pembahagian harta selepas kematian pemilik harta. Di antara jenis-jenis perancangan harta semasa hidup adalah seperti wasiat, hibah, nazar, sedekah dan wakaf. Manakala, pengurusan harta selepas berlaku kematian pula ialah pembahagian harta pusaka yang terletak di bawah hukum faraid.

 

Makna hibah

Hibah ialah hadiah atau pemberian sukarela daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang tanpa mengharap sebarang bentuk balasan. Ia boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita ingini sama ada waris atau bukan waris.

Walaupun faraid memainkan peranan penting dalam urusan pembahagian harta pusaka, namun pengagihan harta melalui cara tersebut mampu membawa kepada masalah-masalah tertentu jika tidak diurus tadbir dengan sempurna serta tidak difahami dengan betul. Dianggarkan sehingga tahun 2020, sejumlah RM70 bilion harta pusaka orang Islam telah gagal diagihkan kepada waris yang sah disebabkan masalah tertentu yang telah terjadi. Antara faktor yang dikenal pasti adalah berkait rapat dengan kurang keberkesanan dalam sistem pentadbiran dan juga sikap segelintir pewaris.

 

 

Justeru melihat kepada masalah dan situasi sedia ada, masyarakat perlu didedahkan dengan cara pengagihan harta semasa hidup seperti hibah takaful sebagai perancangan awal pengagihan harta bagi mengelakkan masalah yang akan timbul kepada harta yang ditinggalkan selepas ketiadaan atau kematian mereka. Ini memandangkan masalah tunggakan harta pusaka boleh mendatangkan implikasi yang amat buruk dari perspektif agama, ekonomi, sosial dan undang-undang.

 

Hibah terpecah kepada dua iaitu:

  1. Hibah mutlak
  2. Hibah bersyarat (umra dan ruqba)
  • Di bawah hibah mutlak, ia berlaku serta-merta. Sekiranya penukaran hak milik sudah dibuat, kuat kuasa akan terus terjadi dan terletak hak kepada si penerima. Penerima boleh membuat apa saja dengan haknya termasuk menjualnya. Dari sudut faraid pula, sekiranya penerima telah tiada atau meninggal dunia, ia menjadi harta pusaka penerima.
  • Hibah bersyarat seperti Hibah Takaful pula, penghibah meletakkan sesuatu syarat sampingan bersama-sama dengan hibah.

 

Menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Islamic Financial Services Act (IFSA) 2013),

hibah takaful  ialah hak milik si penerima hibah.

Pihak lain tidak boleh bantah walaupun nak berbicara di mahkamah.

Ini uniknya hibah takaful.

Harta lain masih boleh lagi untuk dibicara tetapi tidak hibah takaful.

 

Ini kekuatan hibah takaful yang masih ramai belum tahu kerana di bawah akta 759 jadual 10 seksyen 142 telah mengatakan bahawa hibah takaful tidak akan termasuk di dalam harta pusaka si mati.

Akhir kalam,
Hibah Takaful amat penting dan perlu diambil ketika sihat dan masih hidup sahaja. Nampak seakan tiada nilai, namun sangat ‘powerful’ dan sangat ‘impactful’ setelah meninggal dunia, juga setelah berlaku musibah berat.
Kerana apa?
  1. Paling cepat cair. Ketika harta lain beku, hibah takaful yang akan cair dahulu dan duit pertama sampai ke tangan keluarga. Jangan lupa, ahli keluarga kita perlukan wang untuk teruskan hidup, untuk teruskan perniagaan kita (jika ada).
  2. Hak milik penuh penerima hibah. Tidak perlu runsing untuk berkongsi dengan sesiapa. Pemiutang seperti bank pun tiada hak kerana sepenuhnya hak milik keluarga.
  3. Tidak perlu susah keluarkan duit sendiri untuk kecairan wang hibah takaful. Sebab tiada kos langsung untuk buat tuntutan.
  4. Tidak perlu pening kepala nak ambil cuti turun naik pelbagai pejabat untuk urus pentadbiran harta. Cuma perlu isi borang, bagi dokumen dan selesai. Pastikan anda menggunakan khidmat rundingan daripada perunding rasmi.
  5. Nilai yang amat besar. Ini bergantung kepada jumlah yang anda carum. Jika RM1 JUTA, RM2 JUTA, RM3 JUTA, maka waris boleh punyai dana kewangan bebas hutang atau “financial freedom”. Aset lain belum tentu dapat sebanyak ini.
fb//Norsaidah-Abdullah

Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.

 

 

Leave A Comment