Elak Tambah Masalah Kewangan dengan Masalah Kesihatan, Ketahui Solusinya Sekarang

  • Utama
  • Takaful
  • Elak Tambah Masalah Kewangan dengan Masalah Kesihatan, Ketahui Solusinya Sekarang

Ubat penyakit kritikal bukan murah. Hospital kerajaan juga, bukan semua murah dan percuma. Dan perlu kita ingat, hidup tetap perlu kita teruskan walaupun terlantar sakit.

Komitmen tetap perlu dibayar.
Sara hidup tetap  perlukan wang.
Anak-anak kecil tetap perlukan kita.

 

Tapi amat sayang,

Ramai letak takaful perkara terakhir untuk difikirkan. Atau ambil pun ala kadar, asal ada. Bila kita pilih untuk beringat dan bertindak sekarang, sekurang-kurangnya hilang satu masalah besar iaitu masalah kewangan ketika sakit. Kalau sihat, alhamdulillah boleh kerja lagi, pulun atau usaha sungguh-sungguh cari duit.

Kalau dah sakit, nak bangun pun tak larat, macam mana nak jana pendapatan?

Terpulang pada anda nak urus risiko sakit dan musibah bagaimana.

Nak guna property?
Nak guna emas?
Nak guna wang simpanan?

Semua boleh, cuma saya nak bagitahu, carum takaful ini, baru carum tidak sampai RM1000 dah wujud dana risiko lebih jutaan ringgit. Berkali-kali ganda daripada wang yang dah dikeluarkan. Tidak perlu tunggu bertahun-tahun nak kumpul duit, terus dapat dan paling penting aset lain tidak terkorban.

Jika waktu kita sihat pun, dah banyak kita keluarkan duit untuk bayar pelbagai perkara, percayalah ketika sakit nanti jauh lebih banyak duit kita keluarkan. Komitmen asal bercampur pula dengan kos sakit sampai boleh muflis. Gunakan kemudahan takaful sebaiknya.

Jadi bijak urus risiko kerana amat rugi tanggung risiko besar seorang diri. Pindahkan risiko itu semua kepada takaful. Insyaallah senang dan selamat hidup. Kita pun tidak perlu runsing fikirkan orang nak jauhkan diri dari kita diwaktu kita susah. Sebab apa? Sebab kita dah pun tolong diri kita sendiri.

Lebih baik selamat daripada menyesal.

Rujukan:

FB//Norsaidah-Abdullah 

Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.

Leave A Comment