Ambil Takaful Tiada Tawakal Kepada ALLAH swt? Lihat Pandangan Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

  • Utama
  • Takaful
  • Ambil Takaful Tiada Tawakal Kepada ALLAH swt? Lihat Pandangan Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

Soalan:

  1. Adakah jika kita membeli insurans ianya dikira meninggalkan tawakal kepada ALLAH?

  2. Bilamana mengambil daripada pendapat yang mengatakan kalau insurans dalam beberapa perkara yang dibenarkan adakah ianya bertentangan dengan tawakal?

 

Jawapan:

 

Tidak, tidak bertentangan dengan tawakal kerana tawakal itu mengambil sebab dan meletakkan ketergantungan kepada ALLAH. Salah satunya adalah usaha untuk mengambil sebab termasuk insurans yang dibenarkan.

Sepertimana rezeki datang daripada ALLAH swt, mencari rezeki dengan bekerja adalah sebab. Sembuh itu datangnya daripada ALLAH swt, berubat adalah sebab. Kenyang itu datangnya daripada ALLAH, makan adalah sebab. Jadi tidak bertentangan antara mengambil sebab dengan bertawakal .

 

Yang bertentangan adalah bilamana seorang bertawakal {tapi} tak mengambil sebab. Dia yakin rezeki datang daripada ALLAH swt, dia tunggu di rumah “bila rezeki nak datang?”. Orang yang sakit tak mahu berubat, apa sebabnya?

 

ALLAH berfirman :

وَ إِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِيْنِ

 

Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkanku.” [QS Asy Syu’ara: 80]

 

“Kalau aku sakit ALLAH yang bagi sembuh, bukan ubat, bukan doktor, tak perlu pergi doktor”.

 

Salah di dalam memahami ayat tersebut. Ini tak mengambil sebab bertentangan dengan konsep tawakal.

 

Rujukan: https://www.instagram.com/tv/CFy39izBVOh/?igshid=g3xefujprc4v

Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.

Leave A Comment